Sejarah Akta Hak Asasi Manusia 1998

Empty citation (bantuan) Konvensyen didraf oleh Majlis Eropah selepas Perang Dunia Kedua. Sir David Maxwell-Fyfe merupakan ketua bahagian perundangan dan pentadbiran Majlis dari tahun 1949 hingga 1952, dan memantau pengdrafan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia. Cara ia dicipta memasukkan pendekatan kebebasan sivil yang tradisional untuk mendapatkan "demokrasi politikal yang berkesan", dari tradisi kuat kebebasan di United Kingdom. Sebagai ahli pengasas Majlis Eropah, UK menandatangani Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia pada bulan Mac 1951. Meskipun demikian, penduduk UK hanya boleh mula membawa tuntutan untuk hak asasi mereka ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah pada tahun-tahun 1960-an. Pada tahun-tahun 1980-an pula, disebabkan pentadbiran Margeret Thatcher, rakyat UK secara amnya berpendapat bahawa banyak pencabulan hak asasi manusia telah berlaku, dengan pergerakan seperti Piagam 88 (yang menggunakan ulangtahun ke 300 Revolusi Gemilang dan Perakuan Hak 1689), Perakuan Hak British diperlukan untuk mendapatkan budaya hak asasi manusia di negara sendiri.

Apabila kerajaan Konservatif John Major digulingkan selepas kemenangan parti Buruh dalam Pilihan raya United Kingdom 1997, kerajaan baru pimpinan Tony Blair mematuhi janji manifestonya dan turut memasukkan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia dalam undang-undang melalui Akta Hak Asasi Manusia 1998. Sebagaimana kertas putih 1997 "Membawa Hak Pulang" menyatakan,

Ia secara amnya mengambil sembanyak lima tahun untuk memulakan tindakan dalam Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah selepas kesemua tindakan-tindakan domestik telah buntu; dan ia memakan belanja purata sebanyak £30,000. Membawa hak-hak ini ke dalam negara akan memungkinkan rakyat British untuk berhujah mengenai hak asasi mereka dalam mahkamah-mahkamah British - tanpa pertundaan dan perbelanjaan yang menyusahkan.

Rujukan

WikiPedia: Akta Hak Asasi Manusia 1998 http://www.conservatives.com/tile.do?def=news.stor... http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/7718961.stm http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk_politics/5114102.stm http://www.guardian.co.uk/frontpage/story/0,,20878... http://www.guardian.co.uk/uk/2006/feb/06/schools.r... http://www.archive.official-documents.co.uk/docume... http://www.telegraph.co.uk/news/uknews/1513730/Law... http://www.telegraph.co.uk/opinion/main.jhtml?xml=... http://www.opsi.gov.uk/acts/acts1998/19980042.htm http://www.opsi.gov.uk/acts/acts1998/80042--d.htm#...